Oleh: Editorial Remaja
Tarikh: 26 September 2012
Tarikh: 26 September 2012
PERNAHKAH KAMU RASA BERDEBAR-DEBAR ATAU DARAH GEMURUH
KETIKA INGIN TAMPIL DI KHALAYAK RAMAI? TIBA-TIBA BADAN TIBA-TIBA
BERPELUH-PELUH, TANGAN MULA MENGGIGIL DAN BIBIR TERKETAR-KETAR? JIKA KAMU
MENGALAMI SIMPTOM SEBEGINI, JOM SEMAK LIMA CARA UNTUK KAMU MENGATASI RASA
GEMURUH TERSEBUT.
1.Bertenang & Tarik Nafas
Sebelum memulakan ucapan atau pembentangan, bertenang
seketika dan kemudian tarik nafas perlahan-lahan. Ulang kali langkah tersebut
dua hingga tiga sehingga kamu benar-benar berasa tenang. Cara begini boleh
mengembalikan kadar degupan jantung kamu kepada tahap yang normal.
2.Berlatih Depan Cermin
Jika kamu memang langsung tidak boleh berucap di
hadapan orang ramai, cubalah berlatih bercakap di hadapan cermin. Latih diri
kamu setiap hari dan cuba bayangkan cermin tadi adalah orang ramai yang melihat
kamu berucap. Latihan yang konsisten dapat menghilangkan rasa gemuruh tersebut
dan kamu akan lebih yakin di khalayak ramai.
3.Persediaan Awal
Setiap kali ada pembentangan, pasti kan kamu orang
yang terawal membuat persediaan bagi mengelakkan kamu merasa gemuruh. Lakukan
sedikit persediaan tentang apa yang perlu dibentangkan agar kamu tidak tersilap
fakta. Jika kamu telah bersedia daripada awal, kemungkinan untuk kamu melakukan
kesilapan saat berhujah atau memberikan ucapan amatlah rendah. Ini akan
membuatkan kamu lebih bersedia dan dapat mengurangkan gementar di hati.
4.Beri Tumpuan
Kamu perlu memberikan sepenuh tumpuan terhadap perkara
yang ingin kamu lakukan. Jangan fikirkan tentang perkara lain yang belum
selesai. Rasa gementar kamu timbul kerana kamu terlalu memikirkan banyak
perkara. Fokuskan pemikiran kamu kepada perkara yang ingin dilakukan dan
selepas selesai, barulah kamu fikirkan perkara yang lain pula.
5.Positifkan Diri
Jangan terlalu memikirkan mereka hanya memberikan
tumpuan kepada kamu dan memikirkan perkara yang negatif. Sematkan kata-kata
positif dalam diri bahawa kamu yakin dan pasti boleh melakukannya. Lakukan berulang-ulang
kali dengan penuh emosi dan percayalah pada diri sendiri.

No comments:
Post a Comment